Monday 25 March 2013

Tugas-Tugas Yang di-Pertua Dewan Negara


  • bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar
  • memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan dan
  • membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.
Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua perlu melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (26 April 2010 hingga kini)

Dewan Negara terdiri daripa 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut : 
  • 26 ahli yang di pilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
  • 44 ahli yang di lantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:
  • warganegara Malaysia
  • tidak kurang dari 30 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah
tempoh jawatan seseorang Senator ialah untuk satu penggal (tiga tahun) dan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

No comments:

Post a Comment