Monday 18 March 2013

Penjelasan Isu Kalimah Allah.


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 27 Jamadil Awal 1429 Hijriah bersamaan 2 Jun 2008 telah membincangkan dan membuat keputusan bahawa, “Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.”

Keputusan fatwa ini telah diwartakan didalam Warta Kerajaan bertarikh 4hb Jun 2009, Jil 53, No 12.
Rasional
Melaksanakan kaedah الذرائع سد iaitu menutup segala jalan yang boleh mendatangkan kerosakan kepada umat Islam sama ada dari segi akidah, syariat dan akhlak.
Demi menjaga kesucian Islam, umum mengetahui, sensitiviti umat Islam amat tersentuh apabila kalimah Allah seakan dipermainkan. Kalimah Allah yang termaktub berulang kali di dalam al-Quran dan as Sunnah itu sesuatu yang tidak pernah dipertikaikan oleh umat Islam. Ia digelar sebagai Ismi Zat iaitu kata nama yang melambangkan secara langsung zat Allah SWT yang maha agung.
Kalimah Allah merupakan kata nama khas bagi tuhan orang Islam, kalimah Allah bukanlah satu kalimah yang sekadar menjadi sebutan, seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata, sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah yang jelas bermaksud Allah yang Esa yang sama sekali tidak sama dengan maksud tuhan dalam mana-mana agama selain dari Islam. Oleh itu, penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara oleh kerajaan demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama yang maha agung itu (Allah).
Perlu disedari bahawa Islam menggunakan lafaz Allah adalah nama khas. Sedangkan lafaz tuhan (God) adalah istilah umum boleh dikongsi antara kepercayaan dan hanya Islam bersifat eksklusif. Keeksklusifan Islam terasing dalam perkongsian tadi.
Penggunaan kalimah Allah dalam Islam menunjukkan keesaan, menjadi tumpuan (الصمد – As-Somad), kemuliaan teragung (له جلا جل – Jalla Jalaluh), pencipta (الخالق – Al-Kholiq) dan pemerintah alam semesta ( العالمين رب Robul ‘alamin). Justeru istilah Allah hanya sah untuk tuhan yang sebenar iaitu Allah ( اللهإﻻ إله لا- Tiada tuhan yang benar melainkan Allah).
Bertauhid dan beraqidah kepada Allah yang esa adalah aqidah semua para nabi dan rasul yang bermula daripada nabi Adam a.s hingga nabi Muhammad SAW.
Dalam Islam adalah jelas tuhan sebenar adalah Allah sahaja. Dialah yang Esa yang tidak boleh dikongsi milik oleh agama selain daripada Islam kerana agama lain tidak diterima oleh Allah SWT sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran melalui surah Ali-Imran ayat 19 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam..”
Jika fahaman ini dipersamakan (antara Allah dengan tuhan yang dianggap oleh agama lain), ia menjustifikasikan fahaman pluralism iaitu fahaman yang menganggap bahawa semua agama adalah sama dan benar yang boleh diterima, sedangkan agama selain daripada Islam sekali-kali tidak akan diterima oleh Allah SWT. Perkara ini jelas melalui firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 85:
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.”
Apabila kalimah Allah dibenarkan penggunaanya kepada agama lain bagi tuhan mereka, maka akan berlaku konsep “ لغير با الله تجسيم – Tajsimullahi bilghayri” iaitu merupabentukkan Allah dengan makhluk yang mana ia bercanggah dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
Kita perlu sedar sebenarnya yahudi dan kristian bukan agama samawi, sebaliknya merupakan kepercayaan yang direka cipta dari unsur manusia sahaja. Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa mereka telah mengubah kita terdahulu mengikut hawa nafsu mereka sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 13 yang bermaksud”
“..mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah yang ada di dalam kitab taurat dan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar..”
Mana mungkin ciptaan atau toko tambah manusia hendak dianggap agama @ agama samawi. Berdasarkan status ini, maka mereka perlu sedar bahawa mereka tidak berhak untuk meminjam atau mengimport kalimah Allah ke dalam kepercayaan mereka.
Terang lagi bersuluh bahaw tuhan menurut melayu digunakan untuk dua maksud:
Pertama: Tuhan bermaksud tuhan semua agama, ini adalah pengertian umum.
Kedua: Tuhan bermaksud Allah yang esa mempunyai segala sifat sempurna yang wajib, sifat yang mustahil dan sifat yang harus baginya.
Pengaplikasian ini lazimnya berdasarkan kepada dalalah tertentu seperti dalam pengucapan doa, kalimah sandaran, amalan ritual, maksud ucapan dan selainya. Penggunaan lafaz yang kedua ini amat sinonim dengan melayu.
Tegasnya, Allah adalah bukan tuhan kristian kerana kristian berkepercayaan berdasarkan konsep Triniti iaitu percaya “bapa”, “ruh qudus” dan “jesus” adalah tuhan sebenar. Oleh itu, pengaplikasian bangsa melayu terhadap kalimah tuhan bermaksud Allah dan hanya diguna untuk Allah zat yang kekal buat selama-lamanya, sesungguhnya tidak mencerminkan tuhan kristian. Firmah Allah dalam surah as-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“…tiada sesuatu pun yang sebanding dengannya (dengan zatnya, sifatnya dan pentadbirannya); dan dialah yang amat mendengar lagi amat melihat.”
Allah yang wajib disembah oleh sekalian makhluk adalah bersifat kekal, tiada awal dan tiada akhirnya sebagaimana firmannya dalam surah ar-Rahman ayat 26-27 yang bermaksud:
“Segala yang ada dimuka bumi itu akan binasa, adan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.
Penggunaan kalimah Allah walaupun menjadi satu kelaziman di Negara luar tidaklah bolah dibenarkan dalam Negara kita Malaysia adalah sebuah Negara berbilang kaum yang hidup di atas dasar yang telah digariskan oleh perlembagaan persekutuan. Menjadi ketetapan dalam perlembagaan persekutuan bahawa sebagai balasan kepada pemberian hak-hak sebagai warganegara kepada orang bukan Melayu, maka agama Islam hendaklah diletakkan dalam kedudukan yang tinggi dalam Negara kita. Pengamal agama lain seperti kristian, hindu tidak dibenarkan untuk menyebarkan iktikad ajaran agama mereka kepada orang Islam.
Penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian umpama dalam bahan-bahan cetakan terbitan mereka dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah satu kaedah bagi menyebarkan ajaran agama lain kepada umat Islam. Contohnya, jika mereka menerbitkan sebuah buku di atas tajuk “Mari Mengenal Allah”, maka sudah tentulah anak-anak muda orang Islam boleh dikelirukan dengan bahan bacaan yang disangkakan ajaran Islam.
Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain akan mewujudkan suasana tidak tenteram kepada masyarakat Islam. Sebagai contoh, penganut agama kristian sekiranya dibenarkan menggunakan kalimah Allah, sudah pastinya akan mewujudkan pula rumah-rumah penyembahan yang dinamakan sebagai “rumah Allah”. Kewujudan rumah Allah milik orang kristian ini akan mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam dan menjadi satu cara bagi agama kristian menyebarkan agama mereka yang mana ianya tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan untuk penganut agama lain mengamalkan ajaran agama mereka hendaklah tidak sampai ke tahap menjejaskan agama Islam.
Sekiranya penganut kristian dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah maka kemungkinan agama-agama lain juga akan menuntut penggunaan kalimah Allah dalam agama mereka, lantaran itu bertambahlan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Mempertahankan kalimah Allah ini ada hubungan dengan al-maqasid as-syariyyah (Prinsip-prinsip asas syara’) iaitu:
i. Penjagaan dan mempertahankan agama ( الدين حفظ )
ii. Penjagaan dan mempertahankan nyawa ( النفس حفظ )
iii. Penjagaan dan mempertahankan akal ( العقل حفظ )
iv. Penjagaan dan mempertahankan harta ( العمال حفظ )
v. Penjagaan dan mempertahankan maruah keturunan dan zuriat. (النسل حفظ )
Yang mana penjagaan dan mempertahan agama ( الدين حفظ ) diletakkan ditempat pertama menunjukkan bahawa kepentingan dan kesuciannya WAJIB dipertahankan oleh semua orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat. Ia adalah bertujuan untuk:
1) Menjaga akidah
2) Menjaga syariah
3) Menjaga akhlak Islam
4) Menjaga keselamatan Negara
5) Menjaga keharmonian hidup berbilang bangsa dan agama
6)Mengelakkan kekeliruan dikalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu
-Johorsector-

No comments:

Post a Comment