Friday 29 March 2013

MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH




FAKTA

Kehidupan
63,147 isi rumah miskin
bertambah baik
Hingga kini
110% daripada 1,000 usahawan
wanita telah dilatih
SERAMAI
12,578
Orang miskin di beri peluang untuk hidup berdikari.





1. Apakah usaha Perdana Menteri untuk menambah baik kehidupan rakyat
berpendapatan rendah?
• Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak telah bertekad untuk membanteras
kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sejajar dengan matlamat Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK9).

• Mengikut rekod sistem e­kasih,terdapat:
o Hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin
tegar di seluruh negara.
o Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah
disahkan status mereka dan telah
mendapat bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
o  Lebih 14,000 adalah KIR di Sabah dan
Sarawak.

2. Apakah usaha kerajaan untuk membela nasib rakyat berpendapatan rendah?
•Kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta
merasai denyut nadi rakyat.
•Tidak sekali­ kali memandang mudah soal
kebajikan rakyat.
• Kerajaan mahu setiap bantuan yang 
dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan
rakyat, tetapi tiba pada masa yang tepat.
• Bermula Januari 2010, semua bantuan
kebajikan untuk rakyat  dibayar pada hari
pertama setiap bulan.

3. Apakah sumbangan wanita dalam pembangunan negara?
• Sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara adalah penting kerana:

o Mereka membentuk separuh daripada
jumlah penduduk Malaysia.
o Kerajaan berhasrat untuk melatih dan
melahirkan lebih ramai usahawan wanita.
o Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717
wanita yang berpotensi untuk dibimbing
menjadi usahawan dalam program Sahabat
Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti.
o Kerajaan berhasrat menambah jumlah
usahawan wanita kepada 4,000 orang
menjelang tahun 2012 melalui program
Amanah Ikhtiar Malaysia.




No comments:

Post a Comment