Friday 22 March 2013

PARLIMEN MALAYSIA



Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem  ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Fungsi-fungsi Parlimen

  • Meluluskan Undang-undang
  • Membuat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada.
  • Meluluskan cukai-cukai baru.
  • Menyemak dasar-dasar kerajaan
  • Meluluskan Bajet kerajaan
Struktur Parlimen Malaysia
  1. YANG DI-PERTUAN AGONG
  2. DEWAN NEGARA
  3. DEWAN RAKYAT
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang di pilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang-undang tertinggi daripada tiga komponen utama:

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Mengikut Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen. Baginda bagaimanapun tidak mempengerusikan persidangan kedua-dua Dewan tetapi menyampaikan tith ucapan di kedua-dua dewan semasa perasmian Parlimen yang diadakan setiap tahun. Sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihan Raya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Dewan Negara

Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara mestilah juga seorang Ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara di bantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang Ahli Dewan Negara.

No comments:

Post a Comment