Saturday 30 March 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia





1. Apa itu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)?

• Satu komitmen kerajaan  untuk membantu meringankan  beban tanggungan rakyat.
• Usaha kerajaan yang sejajar dengan gagasan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.’
• Dilaksanakan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
• Satu bukti bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukan sebagai omong kosong.

2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dan berapa ramaikah rakyat yang mendapat faedah daripada program ini?

• Melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
• Memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah.
• 80% daripada jumlah keseluruhan isi rumah di negara ini menikmatinya.

3. Siapakah yang layak menerima bantuan ini?

• Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah, memperoleh pendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000.

• Merangkumi individu berkahwin.
• Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
• Bujang yang mempunyai tanggungan.
• Warga emas berusia lebih 60 tahun yang hidup sebatang kara.
• Anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 ke bawah, tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan, layak menerima bantuan ini.

4. Berapakah jumlah borang yang telah diedarkan?

• Sehingga 10 Januari  2012, 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara.
• Sebanyak 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.

5. Permohonan yang gagal membuat rayuan?

• Ya boleh, dengan mengisi borang yang disediakan oleh LHDN. BR1M dapat
meringankan beban kos sara hidup


No comments:

Post a Comment