Slide0
Slide1
Slide2
Slide3
Slide4
Slide5
Slide6
Slide7
Slide8
Slide9
Slide10
Slide11
Slide12

Tanah Rezab Melayu di Johor

Enakmen Rizab Melayu Johor yang berkuatkuasa mulai tahun 1936 telah digubal untuk menjamin supaya semua kepentingan orang Melayu tidak terlepas ke tangan bukan Melayu.

Tujuan atau matlamat untuk melindungi kepentingan tanah orang Melayu ini ditegaskan lagi apabila Perlembagaan Persekutuan pada Fasal 3 perkara 89 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri hendaklah dengan serta merta mengistiharkan sebagai Rizab Melayu mana-mana tanah lain yang serupa jenis dengan tanah itu (shall immidiately declare as a Malay Reservation any other land of similar character).
Bagi tanah-tanah berstatus Rizab Melayu, keluasan dan jumlah kuantitinya tidak berkurangan tetapi bertambah dan ini dapat dilihat dari segi peningkatan keluasannya.
Jika dilihat dari angka keluasan tanah rizab melayu di seluruh Negeri Johor sebelum merdeka (1957) adalah berjumlah 152,413.64 ekar. Tetapi sehingga kini keluasan tanah rizab Melayu di Negeri Johor adalah seluas 404,163.157 ekar.
Pewartaan suatu kawasan atau tanah sebagai rizab Melayu tertakluk kepada 2 seksyen di dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri Johor 1936 :
i. Seksyen 3 : Pewartaan suatu kawasan yang dikenalpasti serta dipersetujui oleh
Pihak Berkuasa Negeri
ii. Seksyen 6 : Pewartaan secara permohonan individu oleh pemilik tanah
Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 89 dan juga Enakmen Rizab Melayu 1936, mana-mana tanah rizab Melayu yang hendak dibatalkan perlulah diganti dengan tanah lain dimana proses penggantian ini akan mengambilkira dua faktor iaitu :
i. Keluasan tanah yang hendak dibuat gantian perlulah sama atau tidak kurang dari tanah hendak dibatalkan status Rizab Melayunya itu.
ii. Nilaian tanah yang hendak dibuat gantian perlulah juga sama atau tidak kurang dari tanah hendak dibatalkan status Rizab Melayunya itu.
Tindakan penggantian ini adalah bagi memastikan tanah-tanah rizab Melayu sentiasa terpelihara dan tidak berkurangan dari segi keluasannya.
Pindahmilik yang melibatkan tanah-tanah rizab Melayu hanya boleh dilakukan kepada orang Melayu atau syarikat Melayu yang tersenarai di dalam Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu sahaja dan sama sekali tidak boleh kepada bukan Melayu.