Wednesday 13 March 2013

1 Malaysia




Kunci utama bagi falsafah konsep 1Malaysia adalah kesederhanaan: suatu keyakinan pada kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini menjadikan kita unik, namun untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada keunikan ini, kita perlulah bersatu serta menggunakan persamaan antara kita untuk maju kehadapan. Inilah matlamat utama 1Malaysia, namun ianya lebih daripada hanya satu ideologi abstrak - ia sememangnya mampu membawa kejayaan yang sebenar.


Sebagai contoh, setakat ini lebih daripada 1.5 juta rakyat Malaysia telah mendapat rawatan di klinik kesihatan 1Malaysia dengan bayaran sebanyak satu ringgit sahaja – dan ini merupakan satu pencapaian yang bagi saya adalah amat membanggakan. Program-program berfokuskan rakyat yang lain termasuklah Program Perumahan 1Malaysia dan PR1MA untuk membantu keluarga berpendapatan sederhana memiliki rumah mereka sendiri, serta Kedai Rakyat 1Malaysia dengan penjualan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.



Perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata dan masih banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun apa jua cabaran yang akan dihadapi kelak, saya yakin bahawa dengan menerima dan menggunakan kepelbagaian di antara kita serta memanfaatkan kekuatan kolektif kita, adalah cara yang terbaik untuk menghadapinya.



1 comment: