Friday 15 March 2013

MELABUR DI ISKANDAR MALAYSIA


Iskandar Malaysia telah direka bentuk khas untuk menarik para pelabur. Wilayah itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini, infrastruktur lengkap dan pusat perniagaan setempat untuk memastikan transaksi perniagaan lebih cepat, lancar dan mudah.
 
 
Iskandar Malaysia akan menjadi wilayah pembangunan paling pesat di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan digabungkan untuk membentuk metropolis maju dan makmur.
Terletak di Johor, gerbang selatan Semenanjung Malaysia, kebaikkannya termasuk :-
  • Hanya 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Taipei dan Tokyo.
  • Terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.
  • Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut.
  • Dikelilingi 3 pelabuhan besar – Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Tanjung Langsat..
Yang pertama sepertinya, Iskandar Malaysia telah diperuntukkan RM6.83 billion oleh kerajaan, Meliputi kawasan yang luas ia merupakan projek pembangunan tunggal terbesar yang pernah dilaksanakan di rantau ini.
Oleh kerana lokasinya yang strategik iaitu ia dapat menghubungkan laluan ke bandar raya di Asia, berhampiran dengan beberapa ekonomi dunia yang paling pesat berkembang dan penting dan pelbagai insentif fiskal yang  menarik, Iskandar Malaysia dijangka menarik banyak pelaburan daripada syarikat pelaburan asing dan syarikat pelaburan bertaraf tinggi kerana pelabur ingin mendapat manfaat daripada kelebihan-kelebihannya dan kadar peningkatan tinggi
 
Dengan mempunyai salah satu daripada persekitaran perniagaan yang paling baik di rantau ini, Malaysia ialah tempat yang paling baik untuk melabur. Dengan mengambil kira gaji kompetitif, inflasi rendah, kadar pengekalan perkerja yang tinggi, pekerja-pekerja berpendidikan baik dan fasih pelbagi bahasa serta infrastruktur bertaraf dunia, ia merupakan pertimbangan ekonomi baik untuk melabur di dalam sebuah negara yang kukuh dan stabil seperti Malaysia.
SUMBER - ISKANDAR MALAYSIA -

No comments:

Post a Comment