Saturday 30 March 2013

Agenda Pembangunan Bumiputera





1. Apakah strategi kerajaan untuk membangunkan bumiputera?

• Kerajaan mempunyai beberapa inisiatif untuk membangunkan agenda
bumiputera seperti berikut :­

  1.  Pemilikan ekuiti oleh bumiputera melalui individu­-individu, Kepentingan Institusi Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji (LUTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PUMB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
  2. Mempertimbangkan pemilikan hartanah Bumiputera seperti Kampung Baru.
  3. Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera.
  4. Membangunkan guna tenaga profesional bumiputera.
  5. Penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) untuk merancang dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. 
2. Bagaimana pula agenda ini dapat memperkasakan agenda pembangunan bumiputera?

• Agenda pembangunan bumiputera terus diberi penekanan selaras dengan konsep pertumbuhan dan pengagihan.

• Memandangkan persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar, tibalah masanya untuk dilaksanakan transformasi di dalam agenda pembangunan bumiputera bagi mewujudkan penyertaan syarikat bumiputera yang berdaya saing dan berdaya maju.
• Pendekatan baru ini berasaskan kepada prinsip-­prinsip iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan ketelusan.
• Wujudnya unit peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah MTAB.


3. Apakah peranan TERAJU di bawah MTAB?

• TERAJU dikehendaki mengenal pasti 1,100 syarikat bumiputera untuk dibangunkan sebagai syarikat besar berkelas dunia. Setakat ini lebih daripada 80 syarikat bumiputera telah dikenal pasti untuk dimasukkan ke dalam Program Perumahan Kecil dan Sederhana Bumiputera Kecil berprestasi tinggi.
• Syarikat yang dipilih akan menjadi Kumpulan 1 untuk dibentuk sebagai syarikat berdaya saing dalam tempoh 5 tahun sejajar dengan keperluan MTAB. Syarikat­-syarikat ini dikehendaki terlibat dalam pelbagai sektor, namun keutamaan diberikan kepada syarikat yang terbabit dalam 12 sektor NKEA.


4. Apakah kedudukan ekuiti bumiputera pada masa ini?

• Pada 23 April 2012, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Adbul Razak mengumumkan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 23.09% bernilai RM 161.7 bilion pada 2010 berbanding dengan tahun 2008 pada 21.9% bernilai RM 127.4 bilion.
• Peningkatan ekuiti adalah berdasarkan pelaksanaan program untuk memperkasakan agenda bumiputera sebagai agenda utama negara yang dilaksanakan Kerajaan.




No comments:

Post a Comment