Friday 29 March 2013

RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10)






1. Apakah yang difahamkan dengan RMK10?

• RMK10 adalah jambatan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

• RMK10 boleh diibaratkan seperti membina sebuah rumah. Bumbungnya adalah gagasan induk iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dindingnya adalah program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan model ekonomi baru iaitu di lipat gandakan pendapatan. Lantainya yang sedang dibina, adalah RMK10 dan seterusnya RMK 11.

• Maka, tangga untuk menaiki rumah 1Malaysia ini adalah dasar­dasar keadilan sosial dan budaya pencapaian tinggi.

• Melalui RMK10, pendapatan per kapita melonjak kepada RM38,845.00 menjelang tahun 2015.

• Malaysia perlu berani berfikir dari luar kotak. Kita tidak boleh memenjarakan pemikiran. Kita tidak boleh terperangkap dengan himpunan peristiwa serta pelbagai saat suka duka sehingga boleh menyebabkan berlakunya paralisis daripada segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.

2. Apakah tumpuan RMK10 ?

• RMK10 memberi fokus kepada aktiviti ekonomi:

o Bagi meningkatkan pendapatan per kapita rakyat yang tinggi (RM49,000 pada tahun 2020 daripada RM23,000 sekarang).
o Bagi merealisasikan wawasan sebagai negara maju.

3. Apakah pendekatan dalam melaksanakan RMK10 ?

Terdapat 10 idea utama yang digariskan dalam pelaksanaan RMK10 iaitu :­

Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri
dan persekitaran luar negara.

• Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk
mencapai kejayaan di arena antarabangsa.
• Transformasi ke arah negara 
berpendapatan tinggi menerusi 
pengkhususan.
• Menjayakan pertumbuhan yang diterajui
oleh produktiviti dan inovasi.
• Memupuk, menarik dan mengekal modal
insan cemerlang.
• Memastikan peluang sama rata dan
melindungi golongan yang mudah terjejas.
• Pertumbuhan  bertumpu,  pembangunan
inklusif.
• Menghargai khazanah alam sekitar.

• Kerajaan umpama syarikat yang
berdaya saing.

4. Bagaimanakah RMK10 boleh menangani masalah rakyat?

• RMK10 adalah untuk semua rakyat tanpa kira bangsa, agama dan budaya. Ia akan dinikmati oleh semua lapisan rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
• Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat didapati melalui maklum balas dan tinjauan mesra.

5. Adakah RMK10 memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan?

• Memastikan setiap rakyat menikmati kemakmuran hasil pembangunan negara.

• Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar­benar memerlukan
bantuan dan tiada sesiapa yang akan dipinggirkan.
• Kerajaan akan terus mengambil langkah­ langkah perlu bagi memastikan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat.

6. Bagaimana dengan kedudukan golongan terpinggir?

• Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia akan diberi tumpuan.

• Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.
• Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti
pertanian secara bersepadu.
• Tumpuan akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang.
• Penduduk yang tinggal di kampung Cina juga akan diberi bantuan. Kini, terdapat 280 000 isi rumah yang tinggal di kawasan Kampung Baru Cina.

7. Bagaimanakah RMK10 boleh membangunkan modal insan bertaraf dunia?

• Kerajaan akan salur peruntukan besar untuk membangunkan modal insan.
• Kerajaan akan mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan
dan latihan, bermula daripada pendidikan awal kanak-­kanak hinggalah ke peringkat
pengajian tinggi.
• Kerajaan akan pastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai tahap yang sewajarnya.

• Kerajaan akan menubuhkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.
• Keperluan guru Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina serta Sekolah Kebangsaan juga akan dipertimbangkan.
• Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan di tingkat daripada 28% kepada 60%.
• Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Syarat kelayakan pelantikan 
guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.







No comments:

Post a Comment