Friday 29 March 2013

Mencapai Matlamat RMK 10



Bagaimanakah matlamat RMK10 boleh dicapai?

Cara untuk mencapai matlamat RMK10 adalah berdasarkan kepada beberapa pendekatan iaitu:

• Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
• Program Transformasi Kerajaan GTP.
• Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bersandarkan kepada Model Baru Ekonomi.
• Dua Rancangan Pembangunan 5 tahun iaitu RMK10.
• Membudayakan kreativiti dan inovasi.
• Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan.
• Nilai untuk wang atau “value for money”.
• Nilai integriti.

Berikutnya adalah peruntukan untuk RMK10



Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan RMK­10.

• Peruntukan ini melibatkan 55% untuk projek ekonomi, 30% untuk program sosial, 10% untuk memperkukuhkan keamanan dan keselamatan dan 5% untuk menampung kos pentadbiran.

Contoh-­contoh peruntukan projek/ program adalah seperti berikut:

  •  RM150 juta digunakan untuk melatih 20,000 pelajar yang tercicir. 
  • RM80 juta untuk pekerja yang kehilangan pekerjaan tanpa pampasan
  • RM500 juta untuk tujuan pinjaman kepada pekerja dan mereka yang sudah tamat pelajaran untuk menjalani latihan dan peningkatan kemahiran.
  • Jalur lebar diperluaskan sehingga 75% menjelang 2015. RM2.7 bilion untuk membina jalanraya dan landasan kereta api ke pelabuhan dan lapangan terbang.
  • Kemudahan bekalan elektrik dilaksanakan di hampir 100% kawasan luar bandar di Semenanjung dan 99% di Sabah dan Sarawak.
  • Air bersih disalurkan kepada hampir 99% penduduk luar bandar di Semenanjung, 98% di Sabah dan 95% di Sarawak. 
  • RM6.37 juta untuk membina 197 klinik baru bagi penggal baru RMK10.



No comments:

Post a Comment