Tuesday 26 March 2013

JOHOR: Pihak Berkuasa Tempatan


Negeri Johor mempunyai 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu satu Majlis Bandar Raya, tujuh Majlis Perbandaran dan lapan Majlis Daerah.

Senarai PBT di seluruh Johor:


  1. Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB)
  2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT)
  3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
  4. Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)
  5. Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu)
  6. Majlis Perbandaran Kluang (MPK)
  7. Majlis Perbandaran Muar (MPM)
  8. Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)
  9. Majlis Daerah Labis (MDL)
  10. Majlis Daerah Mersing (MDM)
  11. Majlis Daerah Pontian (MDP)
  12. Majlis Daerah Segamat (MDS)
  13. Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)
  14. Majlis Daerah Tangkak (MDT)
  15. Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)
Kesemua PBT melaksanakan tugas-tugas mengikut undang-undang yang telah digariskan dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh penduduk setempat dan menyediakan kemudahan awam.

Hasil utama yang diperoleh oleh PBT di negeri ini adalah daripada cukai pintu, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

Kutipan hasil berkenaan di gunakan bagi kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan kawasan pentadbiran masing-masing dalam memastikan penduduk setempat dapat menikmati kemudahan lebih baik.

JUMLAH KUTIPAN antara Januari hingga 31 Ogos 2012 bagi PBT-PBT di Johor ialah: 
Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) RM 154 juta
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) RM 132 juta
Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) RM 73 juta
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) RM 33 juta
Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) RM 49 juta
Majlis Perbandaran Kluang (MPK) RM 25 juta
Majlis Perbandaran Muar (MPM) RM 25 juta
Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) RM 15 juta
Majlis Daerah Labis (MDL) RM 6 juta
Majlis Daerah Mersing (MDM) RM 8 juta
Majlis Daerah Pontian (MDP) RM 18 juta
Majlis Daerah Segamat (MDS) RM 20 juta
Majlis Daerah Tangkak (MDT) RM 12 juta
Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) RM 11 juta 

 Peranan PBT 

PBT adalah kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara. Ia bertindak sebagai pelaksana dasar di peringkat tempatan yang berhubung secara langsung dengan penduduk di dalam lingkungan kawasan pentadbiran masing-masing.

Pihak Berkuasa ini adalah sebuah perbadanan yang di tubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan kepentingan tempatan.

Akta berkenaan juga menggariskan bahawa Majlis Bandar Raya diterajui oleh Datuk Bandar sementara Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah oleh Yang Dipertua (YDP).

Selain itu, Pihak Berkuasa Negeri Juga akan melantik tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua puluh empat Ahli Majlis bagi membantu melancarkan urusan di antara penduduk dan PBT.

Kuasa PBT

PBT diberikan kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan keadaan masyarakat setempat.

Sistem pentadbiran PBT tertakluk kepada dua prinsip, iaitu di luar bidang kuasa (ultravires) dan keupayaan umum (general competence).

Justeru, PBT bertanggungjawab memastikan penduduk setempat menikmati keindahan yang kondusif dan berada pada tahap optimum melaui akta-akta yang telah digubal.

No comments:

Post a Comment