Sunday 31 March 2013

PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE



PEROLEHAN KAPAL SELAM SCORPENE


1. Kenapakah perolehan Scorpene dijadikan isu?

• Pembangkang menimbulkan isu komisyen dalam perolehan Scorpene semata-­mata untuk mengelirukan rakyat malah menjejaskan imej YAB Perdana Menteri.

• Usaha SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang cuba mengheret Dato’ Sri Mohd. Najib ke Mahkamah Perancis adalah suatu usaha `pementasan’ untuk memalukan Perdana Menteri Malaysia di tempat antarabangsa bagi maksud PRU ke 13.
• Malahan Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam (Penyiasat Persendirian) pada 1 Julai 2008 yang
cuba mengaitkan Altantuya dengan Dato Sri Najib mengenai tuntutan wang komisyen telah ditarik balik.


2. Kenapa kita memerlukan kapal selam? 

• Sebahagian daripada transformasi dan permodenan angkatan tentera laut negara bersesuaian dengan keperluan semasa.
• Kapal selam dianggap sangat strategik untuk melindungi kedaulatan negara daripada sebarang ancaman, di samping untuk mengimbangi sistem pertahanan laut negara-­negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia yang telah lebih awal memiliki kapal selam masing-­masing.
• Untuk memperkukuh tahap kemampuan negara dari segi kawalan di perairan negara yang bersempadan dengan negara-negara Asean seperti Indonesia, Thailand,Singapura, Brunei, Filipina, Vietnam.

• Untuk melindungi kepentingan ekonomi negara seperti kawalan keselamatan Industri Petroleum Negara, melindungi paip-­paip gas,  paip minyak dan talian komunikasi di dasar laut serta kapal-­kapal dagang  yang
melalui perairan negara.

3. Siapakah yang membangkitkan `Scorpene’ sebagai isu di Malaysia?

• Pada Disember 2009 pembangkang menggunakan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) melantik seorang
peguam Perancis Joseph Breham mengemukakan saman pemula di mahkamah Perancis ke atas syarikat pembuat Scorpene iaitu DCNS kerana mengesyaki kononnya wujud amalan rasuah  dalam urusan perolehan
Scorpene.

4. Adakah wujud unsur-­unsur tidak telus di dalam perolehan kapal selam Scorpene?

•Pembelian kapal selam Scorpene ini dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
•Kerajaan tidak pernah menyembunyikan kotrak perolehan kapal selam Scorpene.


5. Berapakah nilai keseluruhan perolehan kapal selam Scorpene dan kenapa SUARAM mendakwa wujudnya bayaran `komisyen’ kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd?

• Kontrak keseluruhan Scorpene bernilai EURO1.084 bilion, ditandatangani pada 5 Jun 2002 dengan jelas
menyatakan:

o EURO 969.15 juta atau RM4.85 bilion dibayar kepada syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua buah kapal selam Scorpene, pakej Intergrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam TLDM.
o EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn.Bhd. secara berperingkat selama 6 tahun sebagai kos
Perkhidmatan Koordinasi dan Sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg,
Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih­-pelatih kapal selam di Brest, Peranchis.



• Dalam kontrak menjelaskan Perimekar Sdn. Bhd. bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan berikut:
o Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol bagi tempoh selama 6 tahun.
o Menyediakan Pejabat Urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggaraan pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh selama 6 tahun.

o Membayar elaun harian dan elaun krew EURO 50 sehari setiap seorang untuk tempoh 3 tahun pertama dan EURO 60 sehari untuk tempoh 3 tahun kedua.
o Membiayai kos penerbangan pergi balik setiap krew kapal selam untuk balik  bercuti setiap empat bulan sekali.
o Bertanggung jawab memastikan pernyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.
o Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksanaan kontrak.
o Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.
o Menyediakan laporan koordinasi dan lain­ lain yang berkaitan perolehan ini.
•Hakikatnya bayaran EURO 114.96 juta bukanlah bayaran komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar Sdn.Bhd.  Bayaran ini adalah telus, nyata dan wajar.

6. SUARAM mendakwa kerajaan tidak memberikan penjelasan sebagaimana yang dituntut oleh mereka?

•Pembelian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan soal strategi keselamatan dan rahsia negara yang tidak boleh didedahkan kepada mana-­mana pihak.
•Semua negara di dunia menyembunyikan fakta berkaitan dengan strategi keselamatan kerana ia boleh meletakkan  negara kepada bahaya sekiranya didedahkan kepada pihak lain.

7. Apakah tindakan-­tindakan yang boleh dianggap `provokasi’ SUARAM untuk memanaskan isu ini di kalangan masyarakat?
• SUARAM `menyerang’ Mindef dengan fakta palsu mengenai Scorpene dalam buku yang ditulis oleh Dr. Kua Kia Soong berjudul `Questioning Arms Spending in Malaysia’.
Dr. Kua Kia Soong adalah ahli DAP.

• Buku ini dilancarkan di Ibu Negara pada 11 Disember 2010 dan dilancarkan sekali lagi pada 14 Disember 2010 di London. Menghasilkan buku di dalam negara seterusnya melancarkannya sekali lagi di luar negara menggambarkan adanya unsur­-unsur berniat jahat terhadap Kerajaan dan kepimpinan negara.

• SUARAM telah menjemput seorang peguam dari Perancis William Bourdon untuk menyampaikan ceramah dalam majlis penerangan di Pulau Pinang pada 21 Julai 2011 berkaitan dengan perkembangan terbaru dalam siasatan isu Scorpene.
• 22 Julai 2011, Imigresen telah menahan peguam Perancis William Bourdon di KLIA sebaik tiba dari Pulau Pinang atas dakwaan menyalahgunakan pas lawatan sosial.
• SUARAM akan mengadakan majlis pada bulan Jun 2012 untuk mengutip derma bagi membiayai kos pengurusan kes Scorpene di mahkamah Perancis.


8. Apakah komen Menteri Pertahanan mengenai isu Scorpene?

• Beliau sedia ke mahkamah bagi menjawab segala dakwaan SUARAM.
• SUARAM bebas melantik peguam untuk mencabar kerajaan di mahkamah.
• Kementerian akan mengambil tindakan undang­-undang yang memanipulasi fakta yang kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian scorpene.
• Penasihat Undang-­Undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-­fakta dalam buku tulisan Dr. Kua Kia Soong.
• Isu pembelian Scorpene tidak perlu dibawa kepada SPRM kerana pembelian scorpene dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.








No comments:

Post a Comment