Pengambilan Tanah Penduduk Pengerang
Pembangkang menguar-uarkan bahawa penduduk dizalimi kerana pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan tidak setimpal. Bahkan hingga menyatakan, “Kerajaan buat projek untung berbilion-bilion, takkan bayar sikit je kat orang kampung?” Iaitu bermaksud, orang kampung mahu lebih pampasan lagi!
Propaganda dan kehendak yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali. Pampasan yang ditawarkan kerajaan adalah berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, iaitu berdasarkan harga pasaran tanah pada tarikh warta di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960. Ia dibuat dengan mengambil kira prinsip penilaian yang ditetapkan di dalam jadual pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).
Segala proses dibuat mengikut garis panduan. Bukan ikut hawa nafsu. Kerajaan membayar pampasan mengikut nilai yang wajar. Pemilik tanah juga harus akur dengan nilai sebenar tanah masing-masing.
Oleh itu pampasan dan pemberian kerajaan negeri dibahagikan mengikut tiga kategori syarat nyata tanah, iaitu tanah pertanian, tanah kediaman dan tanah industri/komersil.
Bagi tanah pertanian, kelayakan pampasan adalah berbentuk wang tunai berdasarkan harga nilaian tanah pertanian. Bahkan pemilik mendapat pemberian tambahan kerajaan negeri sebanyak dua ekar tanah pertanian dengan bayaran premium sahaja.
Bagi tanah kediaman dan industri/komersil pula, kelayakan pampasan juga berbentuk wang tunai berdasarkan nilaian tanah yang dinyatakan.
Isu yang timbul adalah permainan propaganda pihak pembangkang luar yang bukan pemilik tanah dan dari negeri lain.
Penduduk tempatan sendiri telah bersetuju dengan pemberian pampasan oleh Kerajaan Negeri Johor. Melalui proses pengambilan tanah yang lepas, hanya 3 daripada 434 (0.8 peratus) pemilik terlibat sahaja yang tidak menerima proses tersebut. Sedangkan majoriti, iaitu 99.2 peratus menerima proses yang dijalankan dan bersetuju dengan penerimaan wang pampasan mengikut penilaian yang diberikan.
Perpindahan Kubur Islam
Isu berkaitan proses perpindahan kubur Islam di Pengerang menjadi perhatian pembangkang kerana ia adalah isu sensitif umat Islam. Ia menjadi bahan propaganda pembangkang untuk dicari kelemahannya dan dimanipulasikan supaya menunjukkan kerajaan itu zalim dan tidak berhati perut. Ada dakwaan mengatakan kubur dikorek secara tidak beretika.
Sebanyak 1,545 kubur Islam telah dikenal pasti terlibat dengan perpindahan ke kawasan perkuburan baru seluas 16.2 hektar di Kampung Punggai.
Sebenarnya, tiada masalah sulit yang timbul kerana pemindahan kubur Islam di Pengerang mengikut prosedur. Proses itu juga melalui Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam Johor. Fatwa memutuskan bahawa pemindahan tersebut hukumnya adalah harus bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Prosedur yang disusun terbahagi kepada dua peringkat, iaitu:
Pertama: Peringkat perancangan.
1) Membuat lawatan tapak untuk mengenal pasti jumlah kubur terlibat.
2) Membuat permohonan fatwa daripada Jabatan Mufti.
3) Mengenal pasti dan mengesan waris
4) Mohon permit menggali semula mayat
5) Beri taklimat kepada waris, keluarga dan penduduk kampung terlibat
6) Penentuan tarikh kerja penggalian
1) Membuat lawatan tapak untuk mengenal pasti jumlah kubur terlibat.
2) Membuat permohonan fatwa daripada Jabatan Mufti.
3) Mengenal pasti dan mengesan waris
4) Mohon permit menggali semula mayat
5) Beri taklimat kepada waris, keluarga dan penduduk kampung terlibat
6) Penentuan tarikh kerja penggalian
Kedua: Peringkat pelaksanaan
1) Majlis tahlil umum
2) Kerja penggalian semula
3) Pengkebumian semula
4) Merekod data dan penandaan
5) Pemasangan kepuk kubur dan pemindahan kepuk sedia ada
6) Penyediaan dan penghantaran laporan kepada Jabatan Agama
7) Penyerahan bersama waris
1) Majlis tahlil umum
2) Kerja penggalian semula
3) Pengkebumian semula
4) Merekod data dan penandaan
5) Pemasangan kepuk kubur dan pemindahan kepuk sedia ada
6) Penyediaan dan penghantaran laporan kepada Jabatan Agama
7) Penyerahan bersama waris
Bagi kubur yang dikenal pasti mempunyai waris, ianya akan digali di hadapan waris masing-masing. Bahkan waris dibenarkan untuk turut serta mengumpul tulang untuk dimasukkan ke dalam kain putih yang disediakan. Mereka yang tidak terlibat tidak dibenarkan berada di kawasan penggalian.
Bagaimanapun, kerja permindahan dimulakan pada kubur-kubur yang warisnya tidak dapat dikesan bagi memberi laluan kepada pembangunan PIPC. Jarak di antara setiap kubur baru ialah satu kaki antara satu sama lain.
Proses pemindahan mestilah dilakukan mengikut syarak kerana masyarakat Islam sememangnya dituntut untuk memuliakan orang mati, iaitu sama seperti orang yang masih hidup.
MAIJ melalui Jabatan Mufti pernah menangguhkan kerja pemindahan tersebut pada suatu ketika bagi memastikan tapak perkuburan baru di Punggai siap sepenuhnya. Pihak MAIJ sentiasa sedar tanggungjawab mereka untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara penting termasuk sistem perparitan, pagar dan lanskap di sekitar kawasan tanah perkuburan baru.
Tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada waris terhadap pemindahan kubur. Tetapi segala kos bagi proses pemindahan tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Johor.
Isu Ancaman Kepada Alam Sekitar
Ada dakwaan mengatakan bahawa PIPC akan menyebabkan kesan radioaktif yang membahayakan. Penduduk Pengerang, terutamanya kanak-kanak akan kehilangan imuniti secara perlahan-lahan dan terdedah kepada penyakit.
PIPC juga didakwa boleh membahayakan nyawa dan mencemarkan alam sekitar.
Pada hakikatnya PIPC hanyalah hab penapisan minyak dan petrokimia. Ia sama seperti hab sedia ada di Tanjung Langsat, Johor; Kertih, Terengganu; Gebeng dan Tanjung Agas di Pahang, serta di negara jiran iaitu Singapura.
Pada keseluruhannya, projek ini adalah selamat untuk dibangunkan. Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) telahpun dikeluarkan oleh juru runding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Laporan mengenai kualiti udara, air, proses petrokimia, penapisan minyak, analisa risiko, kesihatan awam, impak trafik, bunyi bising dan sosio-ekonomi telah diluluskan pada 27 Ogos 2012. Laporan itu semua adalah memenuhi kehendak Seksyen 34 (A), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Isu Nelayan
Projek pembangunan PIPC didakwa menjejaskan kegiatan ekonomi nelayan di Pengerang. Bagaimanapun kerajaan prihatin terhadap kemungkinan ini. Oleh itu kerajaan memberikan pampasan perpindahan. Mereka yang terlibat ialah nelayan, awak-awak dan pemilik tidak berlesen.
Pemberian pampasan dan saguhati bukanlah untuk menamatkan aktiviti nelayan di Pengerang. Tetapi adalah berdasarkan proses perpindahan nelayan ke kawasan baru dan risiko tidak dapat turun ke laut menangkap ikan dalam tempoh tertentu.
Rasional pemberian pampasan juga adalah untuk menaik taraf bot, enjin dan peralatan baru kerana nelayan terlibat akan berpindah ke pengkalan baru yang mencakupi perairan tangkapan yang lebih luas.
Nelayan yang terkesan akibat penambakan laut projek DIALOG diberi bayaran ex-gratia sebanyak RM30,000 bagi nelayan berdaftar, manakala yang tidak berdaftar turut ditawarkan bayaran sebanyak RM15,000.
Kerajaan juga menawarkan saguhati perpindahan pengkalan kepada nelayan, iaitu sebanyak RM10,000 seorang kepada nelayan yang terlibat. Manakala awak-awak dan pemilik tidak berlesen ditawarkan pampasan sebanyak RM5,000 seorang.
Bagi nelayan yang memiliki togok atau pompang juga ditawarkan pampasan. Mereka yang memiliki togok berlesen ditawarkan sebanyak RM30,000. Manakala RM40,000 pula ditawarkan kepada pemilik pompang.
Nelayan berlesen juga akan menerima insentif berbentuk sampan baru berukuran 9 meter, enjin sangkut 60 kuasa kuda dan peralatan pukat hanyut.
Kerajaan menggalakkan nelayan terlibat supaya lebih berpengetahuan dan berkemahiran dalam aktiviti penangkapan ikan. Begitu juga supaya mereka berpeluang menceburi bidang penangkapan lebih besar. Oleh itu, rancangan pembangunan nelayan turut ditawarkan.
Antara rancangan itu termasuklah penyediaan latihan kemahiran bagi mewujudkan lebih ramai nelayan laut dalam. Begitu juga dengan usaha pemodenan kaedah penangkapan ikan dan kemudahan bantuan pinjaman kepada mereka.
Bagi meningkatkan lagi pendapatan isi rumah, kerajaan akan menyediakan latihan kemahiran bagi menghasilkan produk nilai tambah, industri akuakultur, galakan membuka restoran makanan laut dan bot sewa untuk menyokong industri pelancongan.
Pelabur-pelabur di PIPC Pengerang akan menubuhkan sebuah Tabung Khas bagi menyelesaikan segala masalah sosial yang terlibat dalam projek ini. Tabung itu akan digunakan bagi menghadapi semua masalah yang timbul dan berkaitan.
Kerajaan prihatin dan bertanggungjawab terhadap kebajikan nelayan yang terkesan dengan projek PIPC. Oleh itu, bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk dan dilihat daripada pelbagai sudut dengan sedaya upaya mungkin, bagi menjana pendapatan golongan tersebut.
No comments:
Post a Comment