1. Bilakah PTPTN ditubuhkan?
• Ditubuhkan pada 1 Julai 1997 di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997.
• Mula beroperasi pada 1 November 1997.
2. Apakah fungsi PTPTN?
• Mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan seterusnya memungut bayaran balik pinjaman.
• Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.
• Melaksanakan apaapa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh manamana undang-undang bertulis.
3. Apakah objektif PTPTN?
• Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tiada pelajar yang gagal memasuki IPT kerana masalah kewangan.
4. Siapakah yang layak mendapat pinjaman PTPTN?
• Warganegara Malaysia.
•Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
• Memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan oleh PTPTN.
5. Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh PTPTN?
• PTPTN menyediakan pinjaman untuk yuran pengajian dan perbelanjaan sara hidup berdasarkan kelayakan pemohon.
6. Berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disediakan oleh kerajaan kepada PTPTN?
• Sejak dilancarkan pada 1997 hingga 31 Disember 2011, sebanyak RM42.96 bilion telah diluluskan.
• Pada 2011, sebanyak RM5.51 bilion telah diluluskan kepada pelajar.
• Untuk tahun 2012-2013 kerajaan memperuntukkan RM6 bilion kepada PTPTN.
7. Benarkah dakwaan bahawa jumlah RM42.96 bilion ini termasuk bayaran faedah pinjaman?
• Tidak. Jumlah ini adalah jumlah pinjaman pokok yang diluluskan oleh PTPTN.
8. Berapakah ramaikah pelajar yang telah mendapat kemudahan pinjaman PTPTN?
• Sejak ditubuhkan sehingga 31 Disember 2011, seramai 1,926,054 orang pelajar telah mendapat pinjaman daripada PTPTN.
• Pada 2011 sahaja, 227,209 pelajar menerima pinjaman PTPTN ini.
9. Berapa ramaikah pelajar yang telah membuat pembayaran balik kepada PTPTN dan berapakah jumlah bayaran balik yang diterima PTPTN?
• Sehingga 31 Disember 2011, sebanyak RM2.96 bilion atau 54.61% peminjam telah membuat bayaran balik berbanding bayaran balik sebenar yang perlu dibayar berjumlah RM5.41 bilion (setelah ditolak penangguhan).
• Seramai 742,924 pelajar atau 83.72% daripada 887,376 pelajar/peminjam telah mula membuat bayaran balik.
• 144,000 peminjam gagal membuat bayaran balik sebagaimana yang diarahkan.
Bagaimanapun, mulai 1 Januari 2012 PTPTN telah menguatkuasakan semula syarat simpanan wajib dalam SSPN untuk melayakkan pelajar memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
10. Adakah mereka yang hendak meminjam diwajibkan mempunyai simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)?
• Pada 1 Januari 2008, setiap pelajar perlu mempunyai akaun SSPN sebelum layak memohon pinjaman PTPTN dengan simpanan serendah RM20.00.
• Syarat ini telah dimansuhkan pada 18 Mei 2008.
• Syarat wajib ini dilaksanakan bagi menanam budaya menabung dalam kalangan pelajar untuk mengelakkan kebergantungan kepada pembiayaan pendidikan.